Cuti Sekolah

Hai! Selamat sejahtera semua. hari ini aku nak cerita pendapat aku tentang cuti sekolah tahun ni. Ramai kawan, sedara, orang yang aku tak kenal tanya soalan yang sama. Soalannya ialah "Macam mana cuti sekolah? Best tak?" Korang rasa apa jawapan yang aku jawab? mestilah.. "Entahlah. Ada rasa best juga sebab tak ada kerja rumah langsung. Duduk rumah tekan remote, tidur, makan, mandi. Kekadang boring gila sebab tak ada kawan nak ajak lepak, bual-bual. Kalau sekolah dah lama ajak gossip kot. Heheh" Tak ada keje kan asyik sibok nak gossip memanjang. Hehe. So nak tak nak bila cuti minggu ajak My Happy Family teman pergi borong buku kat kedai MPH tu.. Hehe. Dah tak ada apa nak buat kan takkan duduk rumah asyik nak menghadap laptop, tv, psp e ape ke je kan? kene juga baca buku ke novel ke. Aktifkan otak ngan ayat-ayat camtu. Kang naik sekola dah tak reti buat karangan lagi parah bukan? Sambil-sambil tu kita mainla dengan pen. Nanti kalau dah sebulan tak pegang pen naik sekolah tulisan hancus macam darjah satu balik. Aduhaiii! bahaya! Nak betulkan tulisan tu bukan dalam masa beberapa jam je dah ok balik kene tunggu juga dalam 2 hari. U know why? because, aku selalu kene setiap kali naik cuti sekolah XD hehe. Hmm.. ada juga kawan aku yang tanya.. "Raja, cuti sekolah kali ni ada pergi mana-mana tak?" Aku rasa kali ni aku tak pergi holiday macam sebelum-sebelum ni. Aku pergi KL lawat sedara2 sambil tu celok arr pergi ICT. Hehe. Lagi tempat yang aku pergi SG. Tu pon sebab nak tengok apa yang diorang buat untuk sambut X'mas tahun ni. Dan aku nak cakap tema tahun ni kaku! Tak menarik minat langsung macam tahun lepas. Lampu yang dipasang hanya warna kuning (gold), biru, putih dan tema dia macam orang india. Gajah merata-rata. Tak Best arrr! Tapi cukup seronok sebab dapat tengok gerhana pada hari itu.. Hehe. Okla sebelum aku tamatkan tajuk kali ni, aku nak beri information! Lepas ni maybe tak ada lagi celoteh camni dari aku. Aku ingat nak cerita tentang novel2 ke pengetahuan am ke. Gitu jela. Sebab aku buat macam tu aku malas lah nak cerita tentang harian sebab sekali cerita nanti tak ada idea pula. Dan i'm so sorry because make you so tired to read my post this time. Dah 3 bulan tak tulis gatal nak cakap so sekali post semua cerita je la eh. Ok. Selamat tinggal.  See you in next post.

The Popular ~

Hai! Lamanya tak update blog!! hmmm kalau korang nak tau kenapa aku lama tak update blog?? *kalau tak nak tau buat DONNO je la ye! Ok.
Sebab-sebabnya adalah: - 
                           1. Memang kebiasaan.. (malas nak taip huruf di keyboard)
                           2. Tak ada idea nak tulis cerita apa
                           3. Tak ada masa.. (kerja rumah setia menunggu)

Itulah dia antara sebab-sebabnya. (ada lagi sebenarnya tak nak taip je) hehe. Ok! Kali ni aku nak tulis sikit tentang '....' aku tak tau nak cakap apa la. Benda tu patung ke game or something that i don't know its name.
Whatever la.. aku bukan peduli sangat pon..hehe. Masa mula-mula dulu, bila aku pergi sana nampak dia. Pergi sini nampak dia. Lepas tu berganti pulak yang lain. *tak amik masa setahun pon untuk tukar! Ok, antaranya ialah --> see this picture!
Mickey Mouse

Spongebob Squarepants

Patrick Star

Sandy Cheeks

Elmo

Domo-kun

Angry Birds


Itulah patung,game, or anything.. yang aku tahu dari dulu sampai ke hari ini. ok 1 more thing kisah ANGRY BIRDS je. Ni tambahan punya. Aku dapat tahu la ye. Bukan rekaan semata-mata. Sebenarnya ANGRY BIRDS ni rupanya bukan burung rekaan! tapi burung yang betul-betul ada kat muka bumi ni. Ok aku tunjukkan gambar yang aku jumpa sama dengan ANGRY BIRDS nya.


Ok. Sampai sini dahulu. Ada masa lagi nanti kalau aku rajin, aku update la blog nie. 

Merdeka & Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Hari ini adalah 29/8 bersamaan 29 Ramadhan. 29 Ramadhan merupakan hari terakhir umat islam berpuasa. Korang semua tahu kan bahawa hari raya tahun ni Special sikit?? Yela, tahun ni kan kita sambut Raya serentak dengan Merdeka. Ok! Bila esok tiba (raya pertama), aku tak akan buka blog lagi.. Yela sibuk beraya di kampung.. XD hehe. Pernah juga aku terpikir.. Macam mana agaknya kan kalau seseorang tu pakai baju raya warna Jalur Gemilang.. wow! Sebelum terlupa, aku nak pesan.. Nak main mercun, bunga api boleh tau. Tapi jangan sampai tangan tu putus jari ke, melecur ke tau! Nanti naik sekolah susah korang nak tulis! Tak pasal-pasal korang tulis guna tangan yang sebelah lagi tu..


 Ketupat! Rendang! Lemang! Yum! Yum! sedapnya!! Tak sabar nak makan pagi esok =) tapi tak lupa juga untuk minta maaf bersama ahli keluarga tersayang di pagi raya ~ hehe


 Sempena Hari Raya kali ini, Aku nak minta maaf kalau ada buat silap pada korang. Harap korang sudi memaafkan diriku. Selamat menyambut Merdeka yang ke-54. Sebelum aku tutup blog ni.. aku tulis pantun sikit ye.. harap korang sudi membacanya..
                          
Pergi ke kedai berjalan kaki,
 Membeli ikan si ikan patin,
Selamat hari raya aidilfitri,
Maaf zahir dan batin.

Juvana

Hey guys! How are you? I hope you all fine. Today, I will post about Juvana Series at TV3. Ok! Baru-baru ini, aku terjumpa orang post something about the story of Juvana. Hmmm. Senang aku cakap "Lawak Juvana" Ok?? See this post that i found. -->

Ok after you read this, aku tak tahu macam mana rupa yang korang. Sama ada riak muka korang akan tetap sama (tak berubah) atau korang akan ketawa gila-gila atau pun korang akan tersenyum. Ok sampai sini dulu buat tajuk ini ya. 

Kl Gangster

Salam sejahtera buat semua. Hari ini kisah Kl Gangster.


 Masa mula-mula cerita Kl Gangster ini ditayangka di pawagam, ramai kawan-kawan aku cakap cerita Kl Gangster ni tak bagus untuk ditonton. Ada juga yang cakap cerita ni best. Bagi sesiapa yang belum tonton cerita Kl Gangster ni, mesti nak tonton kan? Pandai-pandai lah korang cari part by part di youtube. haha. Aku pun tak boleh tolong korang.  Minta maaf sangat-sangat. Yela, dekat youtube yag satu jam punya semua dah tak ada kan? Kalau tak aku bolehlah letak link movie tu dekat sini. Oleh kerana aku tak nak kecewakan korang yang sudi baca blog aku, aku selitkan 'iKLan Gangster' ni buat korang. I Hope You All Enjoy!



Ramadhan

"Yes!! Bulan Ramadhan sudah tiba.. Jom puasa!" Ayat itulah yang aku dengar sehari sebelum puasa. 

Bila Ramadhan menjelma, kita berpuasa. Tapi baru dua hari puasa sudah dapat kad raya?? biar betul? baru start puasa dah dapat kad raya?! dahsyat betul.. Berbalik pada kisah di bulan Ramadhan. Selit sikit kisah aku di bulan Ramadhan masa 7 tahun dulu ye.. Waktu sahur bukan main lagi.. berkobar-kobar dengan niat puasa aku makan sebiji buah kurma. Aku makan supaya perut dapat tahan lapar selama 14 jam. Habis makan pergi sambung tidur.. Zzzz! "Bangun solat subuh!!!!" itulah ayat yang akan kita selalu dengar bila tidur lepas sahur.. Lepas solat subuh, apa lagi yang aku nak buat?? nak ke baca al-quran?? tentu sekali malas.. apa lagi selain berdengkur je atas katil?? hehe.. Puas tidur, bangun. Melulu pergi ke dapur. Buka peti sejuk cari air. "Cari apa tu dalam peti sejuk??" kata mak. "Cari air haus" tu ayat yang aku katakan. "Kata puasa. Takkan nak minum dah?" mak jawab balik. Dalam hati kata "Alamak! lupa pula tengah puasa" So aku tutup peti sejuk terus pergi depan menonton televisyen. Apa yang nak buat kalau tak menonton televisyen aja masa tu? dah kata pun budak 7 tahun. Buka televisyen cerita yang ada:

RTM1 - Lawatan sahur
RTM2 - Ketuk-ketuk Ramadhan
TV3    - Cerekarama di Bulan Ramdhan
TV5    - Movie (tak best)
Suria   - Berita
TV7    - Berita Mandarin
TV8    - Cerita Cina

Semua channel semua tak menarik minat masa tu. Nak main game, tiada kawan. Apa lagi kalau bukan termenung sahaja? hehe Pukul 3.00 petang barulah ada rancangan yang menarik.  Tv3 tayangkan cerita kartun sambung cerita apa entah. Bila pukul 6.00 petang complete semua.

Mandi - Check
Lauk berbuka - Check
Rancangan menarik - Check
Air - Check


Semua complete la katakan. Duduk bersimpuh depan televisyen tunggu rancangan menarik mula.
Rancangan yang suka sangat tengok time tu cerita Diari Ramadhan Rafique! Habis menonton terus 
duduk depan meja makan. Dah tak sabar nak berbuka.
Lepas azan Maghrib masuk terus 
baca doa dan makan.
Masamakan masuk sahaja semua lauk yang ada.
 Masa tu tau makan mesti kenyang hehe. 
Bila nak solat dah tak larat nak bangun. Teruk betul! hehe.

Baiklah sampai situ dulu buat masa ni. Ada masa nanti I will
 update this blog again..

saya sertakan video yang berkaitan bulan puasa di sini. 
Jika ada masa bukalah..Lagu pun saya ada
selitkan sedikit. Jangan lupa tekan! 
link yang ketiga tu special sikit ye.



Justin Bieber~

"TIDAK!!! Justin Bieber la sih!!! Hensemnya dia! hensemnya dia!!"

Itulah ayat yang selalu aku dengar  bila masuk kelas nampak gambar Justin Bieber dalam majalah yang kawan chinese aku bawa ke sekolah. Hensem sangat ke Justin Bieber ni?? Bagi aku bolehlah. (dalam hati pun cakap hensem juga tu) KANTOI!! OK. Tapi suka aku pada JB ni x lah ketara sangat ya!! Ada ramai orang sanggup beli barang yang ada gambar Justin Bieber? Huh! dasyat betul pengaruh engkau Justin Bieber! Artis dekat Malaysia pun x popular macam engkau tau! untung-untung! Sanggup kebanyakkan remaja beli tiket konsert engkau masa engkau buat persembahan kat Malaysia. satu tiket bukan murah! mahal! RM78 camtu. WOA! tapi sanggup juga beli. =+_+= 

Ceh3 tunjuk macho! Amacam?? puas tatap wajah Justin Bieber?? hehe

Tengok muka dia yang senyum ni! Tengok puas-puas tau bagi peminat setia Justin Bieber ni! Karang malam x tidur sebab asyik terbayang wajah dia sahaja. T_T

Ok. Ni gambar yang dah di edit! KLIK! wahhh banyaknya! MACHO2!!
Ok! Aku ni cakap main ikut sedap mulut sahaja. Tetiba SELENA GOMEZ datang beri amaran sebab kutuk BOYFRIEND dia habis aku! alamak!! x pe! Nanti aku pinjam Bom dari NORDIN MATTOP balik di rumah SELENA GOMEZ tu kalau dia nak cepuk aku! hehe. ^_^ Baru dia tau FAN Justin Bieber ni bahaya!! haha! merepek betul! huhu.. For my friends yang minat gila-gila dekat JB ni.. tataplah wajah dia puas-puas ya! yela, korang mana boleh jumpa dia kalau x pergi luar negara bukan? hehe.. memandai betul! k just that 4 today!

Pussy Cat!


Salam buat semua. Hari ini cerita kucing. This all cat picture are my LOVE cat! First i would like to introduce you all about my first cat.


This is PANDA.  Panda kalau tidur memang begini. Terkangkang  sahaja. 
Kalau gambar atas x nampak muka.. Yang ni you all can look it face! Cantik x mata Panda?? hehe
Ok. This is CANTIK. but i call it COMOT. Time ni dia protes tu yang panjat atas tangga yang atas sekali. Kalau dia bangun, ekor digerak-gerakkan, dah hilang agaknya. About 6 inci rasanya.. BAYANGKAN!
This is COMOT face! haha nice face COMOT! cute!!
This three cat adalah kucing luar. Aku bagi makan, lepak, main dengan Panda setiap hari dalam rumah.. Wah3 senang hidup ye!!
OK. Ni perkenalan antara kucing ye!  kucing siam tu kembar sebenarnya. Ada lagi seekor tapi ekor panjang.. yang ni ekor pendek. So nama dia pendek la! x sesuai betul nama dia. yang ada campur warna merah nama dia merah. dan yang kat belakang tu nama dia along. bukan along kutip hutang tau!!

 Sampai di sini dulu lah ya.. Sambung lain kali.. Next time! Aku nak ambil kesempatan ni nak cakap dekat kawan-kawan yang sama sekolah time sekolah rendah dulu.. yang aku rindu sangat-sangat kat korang. Teringin nak jumpa dengan semua kawan-kawan dan juga cikgu yang bagi harapan dan dorongan supaya belajar sampai berjaya.. Terima Kasih buat cikgu-cikgu yang x pernah-pernah jemu mengajar saya!


KRS!


KRS ataupun Kadet Remaja Sekolah. Kebetulan.. Kitorang semua satu pasukan.. semuanya KRS. x ada seorang pun yang bukan KRS.. gambar menarik apabila baju semua sama, warna seluar dan tudung pun sama..  Sepakat! hehe

Dari sebelah kanan=> Rohmah, Fadhilah, Sabrina dan Farzana
Dari kiri=> Sabrina, Fadhilah, Rohmah dan Erma..
Lepak sebentar setelah penat jadi model pengambaran..haha
Gambar yang paling menarik dan cantik bagi aku kerana semua baju sama, tudung sama, kasut sama..
Gambar di sebelah pokok. dari kiri => Rohmah, Fadhilah, Erma dan Farzana..
Gambar spontan!
Gambar di taman bunga? tapi dengan background seperti taman bunga gambar nampak menarik!


Friend Is Our Life?!

Hari ini aku akan cerita tentang kwn2 aku pulak. Kawan ada pelbagai rupa.. hehe. Ada yang bujur, ada yang tiga segi, ada yang muka die empat segi tepat.. (Mana ade muka gitu! merepk lbih ni!) Kembali pada tajuk asal. Antara gambar kwn2 yg aku dpt tangkap => => =>

Ni Ain.. dia suka ambil gambar.. FEELING sikit! hahah
Ni An Nur. dia peminat MINHO dan KYU HYUN..hehe
Ni Nabila dan lebih dikenali dgn nama CIK NAB! Dia peminat setia LEETEUK
Ni Bariah dan lebih dikenali dengan nama Baie! Baie seorang yang pemurah senyuman dan baik hati! 

Ni Erma! aku suka sangat bila tengok erma senyum.. Muka dia dengan abang dia serupa sangat bila diorang senyum. Erma! U R So Cute!!

Ni pula Sabrina. Sabrina peminat setia DONGAE dan SIWON. hehe

Ni Fadhilah. Dia suka sangat senyum.. X pe. senyum itu sedekah..

Ni Farzana. Die suka ckp tntg . . . . . ( rahsia) hehe
Setakat ini dulu lah ye.. buat masa ni x ada tambahan watak lagi.. Kalau ada nanti aku akan tulis ataupun tambah dekat sini senyap2! shhhh! jangan beritahu sesiapa tau! nanti bongkar rahsia..

Happy Birthday Rohmah..

Hari ini hari jadi Rohmah iaitu 21/4/2011.. tadi lepas balik sekolah lepas habis acara sukan setelah masing2 penat kitorang semua kenakan Rohmah.. lepaskan kepenatan dengan baling tepung~ haha best nye!!! haha kjamnya aku!! ni semua hasil pendapat An Nur, Sabrina, Fadhilah, Farazana, Aliah.. semua setuju untuk baling tepung kat Rohmah.. Aku wakil beli tepung.. haha semagat betul aku time beli tepung..haha


Jom buli Rohmah! dengan rela hatinya Rohmah suruh aku ambil pic yang semua orang baling tepung dekat dia
Fadhilah tengah nak kenakan Rohmah malang sekali orang baling dekat dia tepung tu dulu..haha
Rohmah baling tepung dekat orang belakang.. aku x perasan siapa pula dekat belakang tu..aduhai!
Semua ketawa bila tengok Rohmah..  tepung masuk mata '.'
Farzana ketakutan~ takut tepung masuk mata la tu~  =.=
Ni Fadhilah.. kitorang baling ramai2 tepung dekat dia then take pic! macam cantik pula
peasssss
smile!!!! ambil gambar walaupun muka dah macam kena make-up macam hantu kak limah! betul ke??
SENYUM MACAM PATUNG!!!!  Gambar Mia lagi ok tau!! haha

Aku rasa kali ni adalah sambutan yang terbaik buat Rohmah.. bagi aku la yer :) .. I WISH WE WILL HAPPY ALWAYS... Our Friendship Will 4 Ever!! I HOPE 4 THE BEST Ok?! 

lawak spontan

Seminggu aku pergi sekolah pagi.. mula2 cadang untuk beri sokongan pada ahli rumah sukan..tapi lain jadinya.. haha. Dalam masa seminggu, aku asyik ambil gambar je x berhenti-henti! penat juga..nanti sampai rumah terlelap bila pergi sekolah dah x ada mood! bencinya..akhirnya semua subjek jadi x menarik.. ish aku ni pergi tittle lain pula! Ok tengok gambar ni semua.. secara x sengaja aku ambil jadi babak macam menarik pula bagi aku..
ni Fadhilah.. aku tengok Fadhilah lompat jauh macam nak bawa kereta.. bila tengok.. aku mesti nak ketawa.. haha tapi memang best rase menyesal agaknya klo aku x datang

ni fadhilah beriya-iya loncat dekat kawasan licin untuk cabar diri akhirnya lepas..yea
gambar ni pula rase macam diorang tengah putus hubungan..yang lelaki tengah marah dekat perempuan manakala yang perempuan tu pula tengah sedih sambil tutup muka untuk cover! haha

Ni An Nur.. aku tengok cara dia macam patung egypt pula yang orang yang dilukis di dinding gua  zaman dulu2

Ni pulak Sabrina.. aku tengok macam best je gambar ni.. ye la rasa macam tengah lompat jauh smbil sebut merdeka! kan tangan tu naik atas.. haha rasa macam tengah sambut merdeka~ MERDEKA!

Ni Fadhilah.. aku rasa ni macam lawak spontan yang dia buat.. tadi lompat macam bawa kereta.. sekarang aku tengok macam Fadhilah ni tengah sebut YES sebab lepas..
Sabrina rasa gementar sikit bila lompat tinggi ni.. akhirnya lepas..haha muka Sabrina dah bangga skit dah tu sebab lepas
Aku rasa senang hati bila korang buat lawak spontan begini.. aku harap ayat yang aku gunakan tu x tersinggungkan perasaan korang ye.. All the best! bagi aku korang terbaik! ye!