Ramadhan

"Yes!! Bulan Ramadhan sudah tiba.. Jom puasa!" Ayat itulah yang aku dengar sehari sebelum puasa. 

Bila Ramadhan menjelma, kita berpuasa. Tapi baru dua hari puasa sudah dapat kad raya?? biar betul? baru start puasa dah dapat kad raya?! dahsyat betul.. Berbalik pada kisah di bulan Ramadhan. Selit sikit kisah aku di bulan Ramadhan masa 7 tahun dulu ye.. Waktu sahur bukan main lagi.. berkobar-kobar dengan niat puasa aku makan sebiji buah kurma. Aku makan supaya perut dapat tahan lapar selama 14 jam. Habis makan pergi sambung tidur.. Zzzz! "Bangun solat subuh!!!!" itulah ayat yang akan kita selalu dengar bila tidur lepas sahur.. Lepas solat subuh, apa lagi yang aku nak buat?? nak ke baca al-quran?? tentu sekali malas.. apa lagi selain berdengkur je atas katil?? hehe.. Puas tidur, bangun. Melulu pergi ke dapur. Buka peti sejuk cari air. "Cari apa tu dalam peti sejuk??" kata mak. "Cari air haus" tu ayat yang aku katakan. "Kata puasa. Takkan nak minum dah?" mak jawab balik. Dalam hati kata "Alamak! lupa pula tengah puasa" So aku tutup peti sejuk terus pergi depan menonton televisyen. Apa yang nak buat kalau tak menonton televisyen aja masa tu? dah kata pun budak 7 tahun. Buka televisyen cerita yang ada:

RTM1 - Lawatan sahur
RTM2 - Ketuk-ketuk Ramadhan
TV3    - Cerekarama di Bulan Ramdhan
TV5    - Movie (tak best)
Suria   - Berita
TV7    - Berita Mandarin
TV8    - Cerita Cina

Semua channel semua tak menarik minat masa tu. Nak main game, tiada kawan. Apa lagi kalau bukan termenung sahaja? hehe Pukul 3.00 petang barulah ada rancangan yang menarik.  Tv3 tayangkan cerita kartun sambung cerita apa entah. Bila pukul 6.00 petang complete semua.

Mandi - Check
Lauk berbuka - Check
Rancangan menarik - Check
Air - Check


Semua complete la katakan. Duduk bersimpuh depan televisyen tunggu rancangan menarik mula.
Rancangan yang suka sangat tengok time tu cerita Diari Ramadhan Rafique! Habis menonton terus 
duduk depan meja makan. Dah tak sabar nak berbuka.
Lepas azan Maghrib masuk terus 
baca doa dan makan.
Masamakan masuk sahaja semua lauk yang ada.
 Masa tu tau makan mesti kenyang hehe. 
Bila nak solat dah tak larat nak bangun. Teruk betul! hehe.

Baiklah sampai situ dulu buat masa ni. Ada masa nanti I will
 update this blog again..

saya sertakan video yang berkaitan bulan puasa di sini. 
Jika ada masa bukalah..Lagu pun saya ada
selitkan sedikit. Jangan lupa tekan! 
link yang ketiga tu special sikit ye.



No comments:

Post a Comment