Baru aku tahu~

Salam untuk semua. Baru aku tahu kenapa aku bagaikan orang gila apabila berada di sekolah tadi. Aku tergelak gila-gila START dari tengah hari 28/2/2011 hingga TIME beratur kat kaki lima sekolah. Semasa di dalam kelas, aku dengan Farisha dengki dengan budak cina yang duduk sebelah Farisha, Sew Yen dan depan budak cina sebelah Farisha, Lynette. Farisha cakap yang Lynette gila, tapi tiba-tiba aku dengan Farisha boleh gelak terbahak-bahak dekat belakang kelas. Sew Yen cakap dekat aku yang semua budak dalam kelas 1PM2 ni dah gila. Mana tidaknya, semua orang bising macam apa lepas tu gelak kuat-kuat. Hahahahah.Mula-mula aku rasa lepas habis periksa aku jadi macam BLUR sikit.Hahahahaha. Aku ada juga rasa macam ada SOMETHING yang tidak kena hari ini, tapi aku tetap biarkan perkara tu bermain dekat fikiran aku. THEN bila aku sampai rumah, baru aku teringat yang hari ini hari jadi abang aku. I wish to him- Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu. Tidak lupa juga aku doakan untuk kau mendapat 8A dalam PMR nnt. May ALLAH bless you for ever, evr after.~ Hmmmmm... nak bagi hadiah ke tak nak? nak ke tak nak? nak ke tak nak?.. tengoklah......kalau aku boleh beli something special, aku beli kalau x boleh, TAHUN DEPAN la jawabnya..hahahaha

Kucing!!!!

Salam...hari ini aku nak buat cerita tentang kucing pula. Kucing yang aku bela ada dua sahaja. Manakala yang lain kucing luar. Kucing aku seekor warna 'black and white' seekor lagi kelabu. They like to fight with each other. Kucing 'black and white' tu aku panggil PANDA manakala yang kelabu tu aku panggil Comot. Nama sebenar Comot adalah Cantik. Aku lebih suka panggil Comot berbanding Cantik. Tak tahu kenapa.hahahahaha.                      
                  
                          Ni panda. Dia jadikan kucing tu mangsa dia.        
Ni comot. dia suka releks jerk.

Ni kucing luar. Tapi aku da anggap dia macam kucing aku sendiri.

Ni kucing luar gak. dia adik beradik ngan kucing yang main 'tape' mak aku.haha
Aku suka sangat buli kucing-kucing tu. Nanti bila aku main cubit-cubit dia, dia balas balik dengan cara gigit tangan aku sampai luka. Hahahaha. Tapi aku tak pernah serik. Semua kucing yang aku bela tak kiralah kucing luar ke, aku mesti beri gelaran untuk semua kucing tu. Hahahah....


        

Kenapa???

Kenapa??? kenapa??? dan kenapa??? 
Apa yang harus aku lakukan??? duduk diam atau memberontak??? atau tutup telinga???
Arghhhh!!! aku dah tidak tahan lagi!!
Jangan buat aku begini!! Engkau apa tahu tentang isi hati aku??

Kau peduli apa bila aku sedih ke, sengsara ke, sibuk ke, marah ke, geram ke?!
Ada kau kisah apa yang dah terjadi pada aku?? 
Kau tahu hanya aku saja yang perlu tahu apa yang terbuku di hati kau! tapi kalau aku begitu kau nak buat apa??

Kau hanya lihat aku dan berpura-pura tidak tahu apa-apa!
Tidak ke engkau sedar yang sebenarnya engkau sudah seperti tidak bermakna lagi di sisiku ini???!!
 Jangan buat aku menyampah apabila melihat muka engkau!!!

Kenangan Bersama Seorang Sahabat Yang Istemewa

Salam aku ucapkan bagi rakan-rakan yang sudi membaca blogger aku. Sejak akhir-akhir ini aku asyik teringat akan seorang rakan yang bersamaku semasa aku berumur lima dan enam tahun yang lalu. Ketika aku berumur lima tahun, aku telah bertemu dengan seorang rakan yang agak istemewa.Dia seorang kawan yang selalu bersamaku ketika aku senang mahupun susah. Aku beruntung apabila mempunyai kawan sepertinya.Aku bersamanya selama empat tahun sahaja iaitu dari aku berumur lima tahun sehimgga aku berumur lapan tahun. Hal ini kerana, ayahku menyuruh aku berpindah sekolah. Sejak itu aku tidak pernah bersamanya mahupun berjumpa dengannya lagi. Selepas tiga tahun berlalu, aku masih tidak pernah berjumpanya. Apabila aku berumur dua belas tahun, aku telah bertemu semula dengannya tetapi hanya di sekolah agama sahaja. Aku berasa sangat gembira. Apabila kami berumur tiga belas tahun, kami telah masuk di sekolah menengah yang sama. Tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja. Hal ini kerana, dia telah memilih untuk belajar di sekolah aliran agama. Oleh itu, aku hanya boleh bersamanya dalam masa tiga minggu sahaja sebelum dia pergi ke sekolah aliran agama tersebut. Kini aku belajar di sekolah menengah tanpa dirinya. Mula-mula aku amat sedih tetapi aku tabahkan hati. Aku berharap aku dapat bertemu dengannya lagi pada masa yang akan datang.