Merdeka & Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Hari ini adalah 29/8 bersamaan 29 Ramadhan. 29 Ramadhan merupakan hari terakhir umat islam berpuasa. Korang semua tahu kan bahawa hari raya tahun ni Special sikit?? Yela, tahun ni kan kita sambut Raya serentak dengan Merdeka. Ok! Bila esok tiba (raya pertama), aku tak akan buka blog lagi.. Yela sibuk beraya di kampung.. XD hehe. Pernah juga aku terpikir.. Macam mana agaknya kan kalau seseorang tu pakai baju raya warna Jalur Gemilang.. wow! Sebelum terlupa, aku nak pesan.. Nak main mercun, bunga api boleh tau. Tapi jangan sampai tangan tu putus jari ke, melecur ke tau! Nanti naik sekolah susah korang nak tulis! Tak pasal-pasal korang tulis guna tangan yang sebelah lagi tu..


 Ketupat! Rendang! Lemang! Yum! Yum! sedapnya!! Tak sabar nak makan pagi esok =) tapi tak lupa juga untuk minta maaf bersama ahli keluarga tersayang di pagi raya ~ hehe


 Sempena Hari Raya kali ini, Aku nak minta maaf kalau ada buat silap pada korang. Harap korang sudi memaafkan diriku. Selamat menyambut Merdeka yang ke-54. Sebelum aku tutup blog ni.. aku tulis pantun sikit ye.. harap korang sudi membacanya..
                          
Pergi ke kedai berjalan kaki,
 Membeli ikan si ikan patin,
Selamat hari raya aidilfitri,
Maaf zahir dan batin.

Juvana

Hey guys! How are you? I hope you all fine. Today, I will post about Juvana Series at TV3. Ok! Baru-baru ini, aku terjumpa orang post something about the story of Juvana. Hmmm. Senang aku cakap "Lawak Juvana" Ok?? See this post that i found. -->

Ok after you read this, aku tak tahu macam mana rupa yang korang. Sama ada riak muka korang akan tetap sama (tak berubah) atau korang akan ketawa gila-gila atau pun korang akan tersenyum. Ok sampai sini dulu buat tajuk ini ya. 

Kl Gangster

Salam sejahtera buat semua. Hari ini kisah Kl Gangster.


 Masa mula-mula cerita Kl Gangster ini ditayangka di pawagam, ramai kawan-kawan aku cakap cerita Kl Gangster ni tak bagus untuk ditonton. Ada juga yang cakap cerita ni best. Bagi sesiapa yang belum tonton cerita Kl Gangster ni, mesti nak tonton kan? Pandai-pandai lah korang cari part by part di youtube. haha. Aku pun tak boleh tolong korang.  Minta maaf sangat-sangat. Yela, dekat youtube yag satu jam punya semua dah tak ada kan? Kalau tak aku bolehlah letak link movie tu dekat sini. Oleh kerana aku tak nak kecewakan korang yang sudi baca blog aku, aku selitkan 'iKLan Gangster' ni buat korang. I Hope You All Enjoy!



Ramadhan

"Yes!! Bulan Ramadhan sudah tiba.. Jom puasa!" Ayat itulah yang aku dengar sehari sebelum puasa. 

Bila Ramadhan menjelma, kita berpuasa. Tapi baru dua hari puasa sudah dapat kad raya?? biar betul? baru start puasa dah dapat kad raya?! dahsyat betul.. Berbalik pada kisah di bulan Ramadhan. Selit sikit kisah aku di bulan Ramadhan masa 7 tahun dulu ye.. Waktu sahur bukan main lagi.. berkobar-kobar dengan niat puasa aku makan sebiji buah kurma. Aku makan supaya perut dapat tahan lapar selama 14 jam. Habis makan pergi sambung tidur.. Zzzz! "Bangun solat subuh!!!!" itulah ayat yang akan kita selalu dengar bila tidur lepas sahur.. Lepas solat subuh, apa lagi yang aku nak buat?? nak ke baca al-quran?? tentu sekali malas.. apa lagi selain berdengkur je atas katil?? hehe.. Puas tidur, bangun. Melulu pergi ke dapur. Buka peti sejuk cari air. "Cari apa tu dalam peti sejuk??" kata mak. "Cari air haus" tu ayat yang aku katakan. "Kata puasa. Takkan nak minum dah?" mak jawab balik. Dalam hati kata "Alamak! lupa pula tengah puasa" So aku tutup peti sejuk terus pergi depan menonton televisyen. Apa yang nak buat kalau tak menonton televisyen aja masa tu? dah kata pun budak 7 tahun. Buka televisyen cerita yang ada:

RTM1 - Lawatan sahur
RTM2 - Ketuk-ketuk Ramadhan
TV3    - Cerekarama di Bulan Ramdhan
TV5    - Movie (tak best)
Suria   - Berita
TV7    - Berita Mandarin
TV8    - Cerita Cina

Semua channel semua tak menarik minat masa tu. Nak main game, tiada kawan. Apa lagi kalau bukan termenung sahaja? hehe Pukul 3.00 petang barulah ada rancangan yang menarik.  Tv3 tayangkan cerita kartun sambung cerita apa entah. Bila pukul 6.00 petang complete semua.

Mandi - Check
Lauk berbuka - Check
Rancangan menarik - Check
Air - Check


Semua complete la katakan. Duduk bersimpuh depan televisyen tunggu rancangan menarik mula.
Rancangan yang suka sangat tengok time tu cerita Diari Ramadhan Rafique! Habis menonton terus 
duduk depan meja makan. Dah tak sabar nak berbuka.
Lepas azan Maghrib masuk terus 
baca doa dan makan.
Masamakan masuk sahaja semua lauk yang ada.
 Masa tu tau makan mesti kenyang hehe. 
Bila nak solat dah tak larat nak bangun. Teruk betul! hehe.

Baiklah sampai situ dulu buat masa ni. Ada masa nanti I will
 update this blog again..

saya sertakan video yang berkaitan bulan puasa di sini. 
Jika ada masa bukalah..Lagu pun saya ada
selitkan sedikit. Jangan lupa tekan! 
link yang ketiga tu special sikit ye.