Novel~

Hye. Hari ini aku nak update blog tentang novel dari penerbitan Karya Seni yang mendapat sambutan dari peminat novel semua dan mendapat No 1 Novel Terlaris di Popular. Aku nak ucapkan tahniah kepada penulis buku tersebut, Nurul Ain Syuhada iaitu penulis Novel Cinta Kontrak kerana novel tersebut menduduki Top 5 carta Bestseller di Popular untuk 12 minggu berturut-turut! (Rujukan Bahagian Sastera, Akhbar BERITA HARIAN, Jumaat. 23 September 2011) 

Judul : Cinta Kontrak
Penulis : Nurul ain Syuhada 
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM 20
Sabah / Sarawak : RM 23


Sinopsis

Ibu! Rasa macam nak terjun laut! Terseksa la kalau macam ni. dengan kontrak tak matured tu lagi! Hampeh punya engineer! Pergi blaja tinggi-tinggi sebab nak create kontrak bebudak camtu ke? Kalau aku jadik pengarah universiti cicak kobeng tu, ku tendang jauh masuk gol mamat ni!

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

-----------------------------------

"Weh! kau giler hape? Nak bunuh aku ke?" Danial cuak .

"You decide. Nak hidup ke, nak mati?" Aku menghadiahkannya segaris senyuman.

"Malam ni, malam kau. Jangan harap lepas ni kau boleh langgar kontrak aku!" ujar danial kasar. Terpaksa dia mengalah. Takut jugak kalau minah ni tembap seterika kat muka aku, dah tak hensem la aku! Muka macho macam ni, mana nak dapat? Syarat kedua berjaya aku langgar. Caiyok Airysha!

Segera aku melompat ke atas katil apabila Danial sudahpun turun daripada katil indah miliknya. Malam ni, kau milik aku, wahai katilku sayang!

-----------------------------------

Okay. Kalau korang nak tau apa yang jadi seterusnya kena la cari buku tu di kedai buku. Aku nak cakap kat korang, korang takkan rasa membazir sebab beli novel ni sebab di samping korang baca boleh tahu nak buat ayat yang best-best sikit masa periksa kat sekolah nanti. Lagipun jalan cerita dia best tak boring pon baca. banyak gurauan. Banyak jalan cerita dia aku asyik gelak je. So cari lah novel ni baca masa korang tak keje nak buat nanti. Buat isi masa lapang korang. Sampai sini dulu. Cau dulu ek. Pai2

No comments:

Post a Comment