Merdeka & Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Hari ini adalah 29/8 bersamaan 29 Ramadhan. 29 Ramadhan merupakan hari terakhir umat islam berpuasa. Korang semua tahu kan bahawa hari raya tahun ni Special sikit?? Yela, tahun ni kan kita sambut Raya serentak dengan Merdeka. Ok! Bila esok tiba (raya pertama), aku tak akan buka blog lagi.. Yela sibuk beraya di kampung.. XD hehe. Pernah juga aku terpikir.. Macam mana agaknya kan kalau seseorang tu pakai baju raya warna Jalur Gemilang.. wow! Sebelum terlupa, aku nak pesan.. Nak main mercun, bunga api boleh tau. Tapi jangan sampai tangan tu putus jari ke, melecur ke tau! Nanti naik sekolah susah korang nak tulis! Tak pasal-pasal korang tulis guna tangan yang sebelah lagi tu..


 Ketupat! Rendang! Lemang! Yum! Yum! sedapnya!! Tak sabar nak makan pagi esok =) tapi tak lupa juga untuk minta maaf bersama ahli keluarga tersayang di pagi raya ~ hehe


 Sempena Hari Raya kali ini, Aku nak minta maaf kalau ada buat silap pada korang. Harap korang sudi memaafkan diriku. Selamat menyambut Merdeka yang ke-54. Sebelum aku tutup blog ni.. aku tulis pantun sikit ye.. harap korang sudi membacanya..
                          
Pergi ke kedai berjalan kaki,
 Membeli ikan si ikan patin,
Selamat hari raya aidilfitri,
Maaf zahir dan batin.

2 comments: