Kenangan Bersama Seorang Sahabat Yang Istemewa

Salam aku ucapkan bagi rakan-rakan yang sudi membaca blogger aku. Sejak akhir-akhir ini aku asyik teringat akan seorang rakan yang bersamaku semasa aku berumur lima dan enam tahun yang lalu. Ketika aku berumur lima tahun, aku telah bertemu dengan seorang rakan yang agak istemewa.Dia seorang kawan yang selalu bersamaku ketika aku senang mahupun susah. Aku beruntung apabila mempunyai kawan sepertinya.Aku bersamanya selama empat tahun sahaja iaitu dari aku berumur lima tahun sehimgga aku berumur lapan tahun. Hal ini kerana, ayahku menyuruh aku berpindah sekolah. Sejak itu aku tidak pernah bersamanya mahupun berjumpa dengannya lagi. Selepas tiga tahun berlalu, aku masih tidak pernah berjumpanya. Apabila aku berumur dua belas tahun, aku telah bertemu semula dengannya tetapi hanya di sekolah agama sahaja. Aku berasa sangat gembira. Apabila kami berumur tiga belas tahun, kami telah masuk di sekolah menengah yang sama. Tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja. Hal ini kerana, dia telah memilih untuk belajar di sekolah aliran agama. Oleh itu, aku hanya boleh bersamanya dalam masa tiga minggu sahaja sebelum dia pergi ke sekolah aliran agama tersebut. Kini aku belajar di sekolah menengah tanpa dirinya. Mula-mula aku amat sedih tetapi aku tabahkan hati. Aku berharap aku dapat bertemu dengannya lagi pada masa yang akan datang. 
            

No comments:

Post a Comment